Saturday 31 March 2012

Bahasa Istana


Bahasa IstanaBahasa Biasa
AlmarhumAllahyarham
ampun kurniamaaf
anugerahberi; hadiah
bagindadia (raja menyapa rakyat)
beradutidur
berangkatberlepas; bertolak
bercemar duliberjalan; pergi ke
berkenansudi; suka akan
berputeraberanak; bersalin
bersabdaberkata
bersirammandi
bertitahberkata
betasaya (raja)
daulatbahagia
geringsakit
hari keputeraanhari jadi
hulukepala
iram-irampayung
kauskasut
kurniaberi; hadiah
mahkotatopi
makamkubur
mangkatmati; meninggal dunia
menghadapmenjumpai
murkamarah
patiksaya (rakyat menghadap raja)
peraduantempat tidur
permaisuriisteri
puteraanak lelaki
puterianak perempuan
santapmakan
semayamduduk; tinggal
sembahmemberi salam
singgahsanakerusi
titahkata; perintah

Wednesday 28 March 2012

Rancangan Pelajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 6


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 6


Mata Pelajaran   :  Bahasa Melayu
Tahun                :  6 Amanah
Tarikh                : 28 Mac 2012
Masa                  : 7.30 -8.30 Pagi
Bilangan Murid   :  30  orang
Tema                 : Sukan dan Kesihatan
Tajuk                 : Kesihatan dan kesejahteraan
Hasil Pembelajaran  :

         Fokus Utama   : 3.1 Aras 1 (i) mengkelaskan maklumat berdasarkan
                                                        sesuatu topik yang dibincangkan.
                                  
                                  6.1 Aras 1(i) membaca dan mengecam isi-isi
                                                       pentingdaripada  bahan bacaan.
     
        Fokus Sampingan :  8.5 Aras 1(i) memilih dan mengenal pasti
                                                            penanda wacana

Objektif  : Pada akhir pelajaran murid dapat :
    
     a)      Membaca dan mengecam isi-isi penting daripada
            pelbagai bahan.
    
     b)      Memilih dan mengenalpasti penanda wacana dan kata
            kerja.
    
     c)       Membina ayat dengan menggunakan penanda wacana


Sistem Bahasa       : Penanda Wacana dan kata kerja


Ilmu                      : Sains


Nilai                      : menghayati dan mengkategorikan


Pengetahuan sedia ada   : Murid –murid dapat menceritakan pengalaman
                                         mereka tentang makanan-makanan yang mereka
                                         makan dan menghubungkaitkan dengan
                                         kesihatan.


Bahan Bantuan Mengajar:  Buku Teks,Manila Kad , bahan Bahan Maujud
                                          dan Lembaran kerja
            


Masa/Langkah
     Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran



Catatan
Set Induksi

(5 minit)

Meneka benda dalam beg
Contoh :Kentang
Nasi lemak Tomato Telur
1.Guru meminta seorang murid datang ke hadapan kelas dan mengambil benda yang ada di dalam beg.


2.Murid menunjukkan barang tersebut
kepada kawan-kawannya  dan mereka
menyebut benda-benda tersebut.


3.Guru dan murid bersoal jawab tentang makanan kesukaan mereka




Bahan Maujud
(kontekstual)


Langkah 1

(10 minit)

Membaca petikan

Menggaris , menyebut dan membina ayat perkataan penanda wacana

Contoh: penanda wacana
-sungguhpun
-walaupun
-dengan itu
1.Guru meminta murid membaca petikan teks secara senyap.


2. Murid membaca petikan dengan kuat
secara individu.


3. Guru memberi penerangan ringkas tentang petikan teks.


4. Guru  meminta meneliti teks dan meminta menggaris penanda wacana dan menyebutnya.


5. Murid membina ayat daripada penanda wacana itu.


.

Buku teks
(halaman 58)


BCB: bacaan
mentalis

Langkah 2

(10 minit)



Mencatat isi-isi penting
1.Guru meminta murid membaca senyap sekali lagi petikan teks tersebut.


2. Murid secara berpasangan,mencatat isi-isi penting daripada teks tersebut.


3. Murid secara individu menyebut isi-isi penting dan guru mencatat di kertas manila kad.




KP:

Mengenal pasti

Langkah 3

(15 minit)


Mengkelaskan
Maklumat tentang makanan mengikut jenisnya.

Contoh:
Karbohidrat
(nasi)
Protein
(ikan)
Vitamin
(limau)
Garam galian
(sawi)
Lemak
(daging)
      


1.Guru membahagikan murid kepada 5
   kumpulan.


2.Setiap kumpulan mencatat makulumat makanan mengikut jenisnya,satu kumpulan satu jenis di dalam manila kad yang diberi.


3. Ketua kumpulan datang ke hadapan dan membentangkan hasil dapatan kepada kelas.
   




Manila kad


KP:Interpersonal



Langkah 4

(15 minit)


Menggaris   dan menyebut kata  kerja  transitif




1 Berdasarkan pada petikan tersebut juga guru meminta ,murid menggariskan dan menyebut kata kerja   transitif.


2. Murid menjawab soalan dalam lambaran kerja yang disediakan .




KB:mengumpul
maklumat



Penutup

(5 minit)

Menyanyi lagu
Ewau-ewau bulan
Versi dikir barat bersama-sama.

Merumus isi pelajaran dan nilai murni

1.Guru meminta murid menyanyi bersama-sama iaitu lagu “Ewau-ewau Bulan’ versi Dikir Barat.

2.Guru merumus isi pelajaran dan nilai murni.


KP: Pend.Muzik

KB:merumus

     

Monday 26 March 2012

Lagu Rakyat



                                                     Lagu Rakyat Perak







                                                        Lagu Rakyat Kedah




Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 6

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 6

Tuesday 13 March 2012

Teknik Menjawab Bahasa Melayu Tahun 6






Gambar-gambar yang dipamerkan menunjukkan murid-murid sekolah saya (SK Methodist ) sedang mendengar taklimat teknik menjawab soalan-soalan Bahasa Melayu pada 13 Mac 2012.